Assalamualaikum...
sesungguhnya aku seorang insan biasa yang baru belajar bertatih ke arah kebaikan..aku sentiasa terjatuh kerana tiada siapa yang ingin memimpin tanganku dan tiada siapa yang mahu mengajar aku bertatih..tapi aku teruskan juga walau perit macam mana sekalipun..ketika jatuh aku akan bangun dengan segala kepayahan,walau aku sedar akan ada orang yang akan menjatuhkan aku semula..YA ALLAH aku pohon kau sentuhlah hatiku dengan kasih sayangMU..kerana aku ingin menjadi seorang hambaMU yang sentiasa menjaga auratku dari mereka yang bukan muhrimku, ingin menjadi anak yang sentiasa mendengar kata, isteri yang solehah dan mummy kepada anak2 yang soleh dan solehah..sentuhlah walau sedikit cuma..aku merinduiMU YA RABBI..masihkah aku mempunyai peluang untuk mendapat kasih sayangMU??
Susahnya untuk aku istiqamah dalam beramal..ada saja halangan yang perlu aku tempuhi..hingga kadang- kadang aku tersungkur rebah ke bumi..tersungkur jatuh di kaki nafsu..aku tahu dan mengerti bahawa amalanku masih terdapat kekurangannya dan aku cuba memperbaiki selagi terdaya..dan aku amat mengharapkan pertolongan dariMU YA LATIF..
No comments:
Post a Comment