ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah ALLAH masih beri kesihatan untuk aku meneruskan kehidupan di bumi ini..hari ni aku nak tulis tentang hati...sebab hati aku sedang luka bernanah..sungguh aku sedang terluka ketika ini..terasa nak menangis tapi air mata degil nak mengalir..sudah diajar hati untuk redha menerima semua ketentuan, untuk menerima segala yang ditetapkan oleh yang MAHA MENGETAHUI tapi entah lah kenapa hati ini masih terlalu degil nak terima..keraskah hatiku ini?? ALLAH seandainya hati aku masih terlalu keras tolonglah lembutkan ia..ENGKAU saja yang mampu melembutkannya.. Redhakanlah aku dengan semua ini..redhakanlah aku mengasihi dia dari jauh dan redhakanlah aku untuk menerima ketentuan yang dia bukan milik aku..dia bukan pemilik tulang rusuk ini,dia juga bukan imamku, bukan juga pembimbing aku ketika aku hilang seketika mencari jalan untuk kembali..sakit terasa namun kugagahkan juga untuk menaip.. biarkan aku menjadi kenangan terindah bukan kenangan yang menyakitkan dia..sungguh aku sayang dia..benar benar sayang tapi seandainya ini ketentuan yang ditetapkan aku perlu terima..susah sebenarnya, perit sebenarnya untuk aku mengasuh hati agar belajar menerima keadaan ini..untuk terima yang dia bukan milik aku.. untuk terima yang aku hanya menggapai angan-angan kosong, menggapai bintang yang nun jauh di langit sedangkan diri hanya rumput yang melata di bumi..bodohnya aku..degilnya hatiku walau sudah diingatkan berkali-kali namun hati enggan mendengarnya bebelan minda walau sekali cuma..hanya menurut rasa sendiri hingga tidak sedar ia dah luka bernanah..semoga masa yang berlalu mengubat rasa ini..aku doakan kebahagiaan dia dari jauh..hanya ini yang termampu aku lakukan ketika ini..untuk bersemuka mengatakan sayang aku tidak mampu..kerana aku masih tahu adab ketimuran diriku..aku masih punya rasa malu..aku masih punya harga diri..aku sedang berjihad ketika ini, berjihad menahan hati dari meluahkan apa yang dirasa..biarlah hanya aku dan DIA di atas yang mengetahuinya kerana takut akan melukakan hati ramai orang..biarlah aku begini..biarlah aku sendiri merawat luka di hati.. kerana aku sudah biasa membalut luka sendiri..sudah biasa menangis sendiri..kerdilnya terasa diri didunia ILAHI..ALLAH masih belum mengizinkan aku untuk dikasihi tetapi DIA limpahkan rasa untuk aku mengasihi..terima kasih ALLAH atas kurniaan ini..