Thursday, 15 May 2014

aku bersalah

assalamualaikum...haish blog aku nih dah bersawang..sebab lama sungguh aku tak update apa- apa pun... masa yang tidak mengizinkan untuk aku menulis sebab terlalu busy dengan kehidupan seorang student..hahhahah pandai je bagi alasan..malas sebenarnya nak menaip..tapi sesuatu yang perlu diluahkan hari ni menyebabkan aku merajinkan diri untuk menaip..hmmr cam mana nk start eh?? ye aku tao yang aku ni sinis orangnya..mak aku pun ada cakap yang aku ni jenis yang macam tu..even kalau aku cakap baik pun dengan orang, orang mesti akan anggap sebaliknya..Maaf kalau ada yang terasa dengan aku atau yang pernah terasa dan yang akan terasa dengan cakap aku..susah nak ubah diri aku yang macam ni kepada perempuan melayu terakhir sebab aku ni jenis yang kasar, boyish sikit walaupun aku berpakaian perempuan..jiwa aku yang kasar sebenarnya.. jangan salahkan mak yang melahirkan aku...sebab sapa- sapa yang cakap macam tu akan berdepan dengan aku..aku cukup pantang kalau ada ja orang yang jenis macam nih..memang aku tibai dia cukup2 la.. aku bangga dok dalam rahim mak aku selama 9 bulan 10 hari tambah lagi seminggu..aku seronok kot rasanya bila dok dalam rahim mak aku..itu yang lambat nak keluar tengok dunia..sekarang aku rasa nak lari masuk balik dok kat situ sebab tak payah nak fikirkan semua ni.. tapi aku tao semua tu takkan pernah terjadi..Aku dah lukakan hati mak aku sebenarnya..aku tak sangka nak jadi macam ni..disebabkan aku..mak aku yang rasa terluka..mak maaf..dik yah yang salah..dik yah ingatkan nak tolong ringankan apa yang mak rasa tapi semakin dik yah nak ringankan semakin berat sebenarnya beban yang mak terpaksa tanggung..dik yah betul-betul minta maaf..dik yah tak jangka perkara ni yang akan berlaku..ayah selalu kata kalau ingat raja pun boleh jadi..ya dik yah kena fikir dulu apa yang akan berlaku sekiranya dik yah buat sesuatu..maaf mak dan ayah..dik yah selalu susahkan mak dan ayah..

Monday, 30 December 2013

hati

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah ALLAH masih beri kesihatan untuk aku meneruskan kehidupan di bumi ini..hari ni aku nak tulis tentang hati...sebab hati aku sedang luka bernanah..sungguh aku sedang terluka ketika ini..terasa nak menangis tapi air mata degil nak mengalir..sudah diajar hati untuk redha menerima semua ketentuan, untuk menerima segala yang ditetapkan oleh yang MAHA MENGETAHUI tapi entah lah kenapa hati ini masih terlalu degil nak terima..keraskah hatiku ini?? ALLAH  seandainya hati aku masih terlalu keras tolonglah lembutkan ia..ENGKAU saja yang mampu melembutkannya.. Redhakanlah aku dengan semua ini..redhakanlah aku mengasihi dia dari jauh dan redhakanlah aku untuk menerima ketentuan yang dia bukan milik aku..dia bukan pemilik tulang rusuk ini,dia juga bukan imamku, bukan juga pembimbing aku ketika aku hilang seketika mencari jalan untuk kembali..sakit terasa namun kugagahkan juga untuk menaip.. biarkan aku menjadi kenangan terindah bukan kenangan yang menyakitkan dia..sungguh aku sayang dia..benar benar sayang tapi seandainya ini ketentuan yang ditetapkan aku perlu terima..susah sebenarnya, perit sebenarnya untuk aku mengasuh hati agar belajar menerima keadaan ini..untuk terima yang dia bukan milik aku.. untuk terima yang aku hanya menggapai angan-angan kosong, menggapai bintang yang nun jauh di langit sedangkan diri hanya rumput yang melata di bumi..bodohnya aku..degilnya hatiku walau sudah diingatkan berkali-kali namun hati enggan mendengarnya bebelan minda walau sekali cuma..hanya menurut rasa sendiri hingga tidak sedar ia dah luka bernanah..semoga masa yang berlalu mengubat rasa ini..aku doakan kebahagiaan dia dari jauh..hanya ini yang termampu aku lakukan ketika ini..untuk bersemuka mengatakan sayang aku tidak mampu..kerana aku masih tahu adab ketimuran diriku..aku masih punya rasa malu..aku masih punya harga diri..aku sedang berjihad ketika ini, berjihad menahan hati dari meluahkan apa yang dirasa..biarlah hanya aku dan DIA di atas yang mengetahuinya kerana takut akan melukakan hati ramai orang..biarlah aku begini..biarlah aku sendiri merawat luka di hati.. kerana aku sudah biasa membalut luka sendiri..sudah biasa menangis sendiri..kerdilnya terasa diri didunia ILAHI..ALLAH masih belum mengizinkan aku untuk dikasihi tetapi DIA limpahkan rasa untuk aku mengasihi..terima kasih ALLAH atas kurniaan ini..

Tuesday, 22 October 2013

YA ALLAH sentuhlah hatiku

Assalamualaikum...
sesungguhnya aku seorang insan biasa yang baru belajar bertatih ke arah kebaikan..aku sentiasa terjatuh kerana tiada siapa yang ingin memimpin tanganku dan tiada siapa yang mahu mengajar aku bertatih..tapi aku teruskan juga walau perit macam mana sekalipun..ketika jatuh aku akan bangun dengan segala kepayahan,walau aku sedar akan ada orang yang akan menjatuhkan aku semula..

YA ALLAH aku pohon kau sentuhlah hatiku dengan kasih sayangMU..kerana aku ingin menjadi seorang hambaMU yang sentiasa menjaga auratku dari mereka yang bukan muhrimku, ingin menjadi anak yang sentiasa mendengar kata, isteri yang solehah dan mummy kepada anak2 yang soleh dan solehah..sentuhlah walau sedikit cuma..aku merinduiMU YA RABBI..masihkah aku mempunyai peluang untuk mendapat kasih sayangMU??

Susahnya untuk aku istiqamah dalam beramal..ada saja halangan yang perlu aku tempuhi..hingga kadang- kadang aku tersungkur rebah ke bumi..tersungkur jatuh di kaki nafsu..aku tahu dan mengerti bahawa amalanku masih terdapat kekurangannya dan aku cuba memperbaiki selagi terdaya..dan aku amat mengharapkan pertolongan dariMU YA LATIF..

Saturday, 20 July 2013

@@ siapa aku @@

siapa aku untuk mengatakan tidak kepada takdir..aku hanyalah seorang insan biasa..yang kerdil di sisi ALLAH S.W.T..DIA telah mencatatkan apa yang terbaik untuk diriku..dan aku hanya akan mengikut selagi terdaya...walau kadang- kadang aku rasa seperti tersungkur..aku akan bangun dan cuba semula.. kerana aku tahu ALLAh tidak akan memberikan ujian kepada diriku seandainya DIA tahu aku tidak mampu untuk menghadapinya..aku pernah gagal..ya dan kerana itu aku ingin berusaha selagi termampu kerana aku tahu siapa yang menuai dialah akan mendapatkan hasilnya..ALLAH sentiasa ada di sisiku..dan kerana itu aku pohon YA ALLAH tolonglah aku, kurniakanlah aku secebis kekuatan untuk aku menghadapi segala ujian yang telah KAU tetapkan..tabahkanlah jiwaku yang sentiasa berasa rapuh setiap kali diuji..KAU redhailah apa yang aku lakukan dan kau ampunkanlah dosaku yang tidak terhingga bnyaknya seperti buih2 di lautan dan seperti pasir pantai..aku juga mengetahui yang ENGKAU telah aturkan siapa jodohku di sana tapi adakah aku akan berpeluang untuk bertemu dengannya?? dan  mampukah pemilik tulang rusukku ini menerima aku seadanya?? banyaknya aku rasa kekurangan diri..sehingga aku sendiri tak berdaya untuk untuk menutup kekurangan yang aku miliki... walau diri terasa ingin berubah namun tiada yang memimpin tanganku ketika ini untuk aku terus kuat menongkah arus dugaan..siapa aku untuk meminta- minta kerana aku sedar aku tidak layak untuk mendapat belas dari-MU..berilah aku kesempatan untuk menjadi seseorang yang KAU sayangi..dan berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada kedua orang tua walaupun aku sedar yang aku takkan mampu membalas jasa mereka walau setitik pun dari air mata mereka..masihkah ada kesempatan buat diriku?? YA RAHMAN YA RAHIM seandainya dia yang berada di fikiranku ketika ini bukan jodohku yang telah tertulis di LOH MAHFUZ kurniakanlah aku hati yang redha dan tabah..dan kurniakanlah dia seseorang yang dapat menjaga dia sebaiknya.. sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya..mungkin kerana sifat bongkakku ketika itu engkau telah menterbalikkan hatiku untuk menyayangi dirinya..aku akan dapat menghela nafas lega sekiranya dia dijaga oleh seorang bidadari yang cukup sempurna di matanya..melihat bahagia yang terlukis diwajahnya aku akan bersyukur..

Thursday, 18 July 2013

@@ dream @@

You can forget the desires
And to dump them, as old foliage,
Reconcile when all diligence are vain,
But only don't change the dream.

Start up it the road shines,
Let burns with a far beacon
And difficult minutes helps
To cope with an excessive battle march.

Live dream when storms dashingly,
It will rescue from the most gloomy thoughts,
Dream that loudly aloud, it is very silent,
Without hearing household and boring noise.

And let your dream will be achieved,
Real having accepted, a terrestrial flesh,
Let the best still happens to you,
With dream difficulty you will be able to overcome!