usah dikeluh masalah yang menyapa adakalanya kita perlu merasakan pahit dan sakit untuk menggapai bahagia dan kejayaan hidup
Saturday, 20 July 2013
@@ siapa aku @@
siapa aku untuk mengatakan tidak kepada takdir..aku hanyalah seorang insan biasa..yang kerdil di sisi ALLAH S.W.T..DIA telah mencatatkan apa yang terbaik untuk diriku..dan aku hanya akan mengikut selagi terdaya...walau kadang- kadang aku rasa seperti tersungkur..aku akan bangun dan cuba semula.. kerana aku tahu ALLAh tidak akan memberikan ujian kepada diriku seandainya DIA tahu aku tidak mampu untuk menghadapinya..aku pernah gagal..ya dan kerana itu aku ingin berusaha selagi termampu kerana aku tahu siapa yang menuai dialah akan mendapatkan hasilnya..ALLAH sentiasa ada di sisiku..dan kerana itu aku pohon YA ALLAH tolonglah aku, kurniakanlah aku secebis kekuatan untuk aku menghadapi segala ujian yang telah KAU tetapkan..tabahkanlah jiwaku yang sentiasa berasa rapuh setiap kali diuji..KAU redhailah apa yang aku lakukan dan kau ampunkanlah dosaku yang tidak terhingga bnyaknya seperti buih2 di lautan dan seperti pasir pantai..aku juga mengetahui yang ENGKAU telah aturkan siapa jodohku di sana tapi adakah aku akan berpeluang untuk bertemu dengannya?? dan mampukah pemilik tulang rusukku ini menerima aku seadanya?? banyaknya aku rasa kekurangan diri..sehingga aku sendiri tak berdaya untuk untuk menutup kekurangan yang aku miliki... walau diri terasa ingin berubah namun tiada yang memimpin tanganku ketika ini untuk aku terus kuat menongkah arus dugaan..siapa aku untuk meminta- minta kerana aku sedar aku tidak layak untuk mendapat belas dari-MU..berilah aku kesempatan untuk menjadi seseorang yang KAU sayangi..dan berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada kedua orang tua walaupun aku sedar yang aku takkan mampu membalas jasa mereka walau setitik pun dari air mata mereka..masihkah ada kesempatan buat diriku?? YA RAHMAN YA RAHIM seandainya dia yang berada di fikiranku ketika ini bukan jodohku yang telah tertulis di LOH MAHFUZ kurniakanlah aku hati yang redha dan tabah..dan kurniakanlah dia seseorang yang dapat menjaga dia sebaiknya.. sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya..mungkin kerana sifat bongkakku ketika itu engkau telah menterbalikkan hatiku untuk menyayangi dirinya..aku akan dapat menghela nafas lega sekiranya dia dijaga oleh seorang bidadari yang cukup sempurna di matanya..melihat bahagia yang terlukis diwajahnya aku akan bersyukur..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment