Thursday, 2 May 2013

Aku Hanyalah Insan Biasa


Aku hanyalah seorang insan biasa yang kekadang terlupa dengan kemampuan diri. Walaupun aku kelihatan kuat di luar tetapi jauh di sudut hatiku masih terselit kelemahannya. Siapa aku untuk menidakkan kelemahan ini kerana aku sedar, aku hanyalah hamba ALLAH yang terlalu kerdil. Sejauh mana aku cuba berlari dari kenyataan ini, semakin dekat dan rapat ia menghampiri. Sehingga kekadang aku terasa sukar bernafas dan sesak bertamu. Ya aku tahu ALLAH telah mengatur cerita indah buat setiap orang cuma bila waktu dan ketikanya sahaja yang kita tidak ketahui. Tapi hati aku degil dan berkeras untuk mengubah segalanya. Walaupun begitu ALLAH masih sayangkan aku kerana DIA masih memberi aku bernafas di atas bumi yang diciptakan-Nya. Aku sahaja yang tidak sabar menanti cerita indah aku sendiri. Salahkah aku mempunyai perasaan begini pada detik, waktu dan ketika ini?? Siapa aku untuk merubah segalanya kerana aku hanyalah seorang insan yang kerdil.

No comments:

Post a Comment