Friday, 22 February 2013

who i am

namaku haziyah binti hamidon..kebiasaannya kawan-kawan aku panggil aku dengan panggilan singkat je macam yah,ziyah dan apa2 ja lah yang diaorang rasa nak panggil..dan aku juga digelar yah avatar..gelaran ni ada sebabnya yang tersendiri tapi biarlah rahsia antara aku dan kawan-kawan aku..berbalik kepada cerita tentang siapa aku..aku dilahirkan pada pukul 10.44 pagi bertarikh 25 march 1991 di hospital langkawi..aku merupakan anak keenam dari tujuh orang adik beradik..abg aku yang sulung ja lelaki dan yang selebihnya adalah perempuan..aku sangat suka membaca novel dan jenjalan tengok tempat orang..tempat yang paling aku suka ialah kedai buku..aku sanggup duduk berjam jam kat situ..ikut kepada mood aku juga la..aku bertadika kemas dekat dengan kampung semasa umur aku 6 tahun. masa umur aku 7 tahun aku sekolah di sek keb penghulu ahmad..tamat ja pembelajaran sekolah rendah aku kat situ  aku masuk pula ke sekolah menengah kebangsaan langkawi pulau tuba..satu-satunya sekolah menengah yang terletak di kawasan pulau..ambil masa dalam 15 minit naik bot laju.. masa umur aku 13 tahun aku dah belajar berdikari sebab masa tu aku duduk asrama..dan aku juga la yang telah memecahkan rekod keluarga dengan duduk berjauhan sikit dari mereka seawal usia yang masih mentah..ALHAMDULILLAH berkat keizinan family akhirnya aku menjadi seorang yang sedikit berdikari..lepas tingkatan 3 aku dah rasa malas nak berulang alik naik bot..aku mengambil keputusan untuk masuk ke sek men keb mahsuri di tanah besar langkawi..aku still bersekolah kat situ sampai aku tamat belajar tingkatan 6..keputusan stpm yang sedikit baik dengan keizinan ALLAH membuka peluang aku melanjutkan pengajian aku dalam bidang ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia di universiti utara malaysia.. aku seronok berada di sini..kalau aku rindu dengan mak dan ayah aku pun senang nak balik sebab dekat..aku juga seorang yang otak seminit..segala keputusan yang aku buat dah lama akan berubah hanya dalam masa seminit..aku sebenarnya seorang yang pemalu tapi bila aku cakap macam tu kat kengkawan aku diaorang akan ketawakan aku sebab diaorang tak percaya..kalau depan kawan-kawan aku memang la aku tak rasa malu sebab aku dah kenal diaorang tapi kalau dengan orang yang aku tak kenal memang aku rasa malu sikit..kalau bercakap pun hampir Orang tak dengar..tiada yang menarik tentang siapa diri aku yang sebenarnya tapi aku ada satu tabiat pelik.. aku suka makan nasi kenduri..kalau ada kenduri aku lah orang yang paling sibuk sekali nak ikut mak aku..sekarang ni aku lah peneman mak kalau dia nak pergi kenduri sebab adik beradik aku yang lain tak berapa suka sangat..malu katanya..aku suka tengok keindahan alam macam laut, hutan,bukit dan pokok..buat aku rasa tenang dan happy..aku suka jugak tengok bunga api..ralit ja bila aku tengok..dari kecil sampai sekarang aku tak jemu nak tengok..tapi aku kurang suka pada tempat yang ramai orang..fikiran aku akan rasa serabut dan aku cepat rasa sakit kepala..aku juga suka bertukar perfume setiap hari..aku tak suka hanya tertumpu pada satu haruman ja sebab aku cepat bosan..ada orang cakap aku ni jenis yang tak setia pada pasangan tapi aku no komen lah sebab aku memang tak tao..mungkin ya dan mungkin juga tidak..hanya ALLAH yang mengetahuinya..

No comments:

Post a Comment